Tukang paip didakwa cuba bunuh ahli perniagaan wanita - Utusan Malaysia

Tukang paip didakwa cuba bunuh ahli perniagaan wanita

CHAN Ping Khoon, 32, ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah di George Town, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh seorang ahli perniagaan hingga parah dan tidak sedarkan diri dalam kejadian hujung bulan lalu. - PIX: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang tukang paip mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah di sini hari ini atas pertuduhan cubaan membunuh seorang ahli perniagaan hingga parah dan tidak sedarkan diri pada 24 Disember lalu.

Tertuduh, Chan Ping Khoon, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan niat melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita berusia 38 tahun di sebuah syarikat pembekal penapis air di daerah Timur Laut, di sini kira-kira pukul 7.22 malam, 24 Disember tahun lalu.

Perbuatan itu didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda dan jika ia menyebabkan cedera hendaklah pemenjaraan yang boleh sampai 20 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Yazid Mustaqim Roslan memohon agar mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan disebabkan kesalahan serius yang dilakukan tertuduh ke atas mangsa.

Bagaimanapun, Ping Khoon yang tidak diwakili peguam merayu diberi jaminan memandangkan mempunyai banyak tanggungan termasuk isteri dan ibu bapa yang uzur.

Mahkamah kemudiannya memutuskan tiada jaminan dibenarkan dan mengarahkan tertuduh melantik peguam selain menetapkan 7 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 30 Disember lalu, akhbar melaporkan seorang ahli perniagaan tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas parah pada bahagian muka dan mata akibat dipukul dalam kejadian samun.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu berlaku ketika mangsa berada seorang diri di kedai penapis air di Jelutong dekat sini, sebelum didatangi suspek lelaki terbabit.

Difahamkan, suspek bertindak memukul mangsa menggunakan objek tumpul pada bahagian muka menyebabkan dia mengalami kecederaan parah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya