Tongkang sarat kontena hampir karam di perairan Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Tongkang sarat kontena hampir karam di perairan Pulau Pinang

TANGKAP layar daripada video yang tular di media sosial hari ini berkenaan kejadian sebuah tongkang yang sarat dengan muatan kontena yang dilaporkan hampir karam ketika dalam pelayaran berhampiran perairan Butterworth, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Sebuah tongkang yang sarat dengan muatan kontena dilaporkan hampir karam ketika dalam pelayaran berhampiran perairan di sini, hari ini.

Difahamkan, tiada sebarang kemalangan jiwa membabitkan kru-kru kapal dalam kejadian tersebut.

Terdahulu, video kejadian tongkang yang dalam keadaan hampir tenggelam itu yang dirakam kumpulan nelayan pantai di lokasi kejadian tular dalam media sosial hari ini.

Menerusi video berdurasi satu minit empat saat itu, sebuah kapal turut kelihatan sedang menunda tongkang terbabit ke pelabuhan berhampiran.

Difahamkan, pihak Jabatan Laut sedang menyiasat punca kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya