PETALING JAYA: Toh Puan Mahani Idris isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dilaporkan meninggal dunia semalam.
Bagaimanapun, ketika ini punca beliau meninggal dunia tidak dapat dikenal pasti.
Difahamkan, jenazah akan dimandikan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.
Jenazah akan disembahyangkan di Surau Hidayat, Seri Kembangan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Allahyarham meninggalkan lima anak. – UTUSAN