Tiga sahabat ke tali gantung, edar dadah dalam bangsal lembu - Utusan Malaysia

Tiga sahabat ke tali gantung, edar dadah dalam bangsal lembu

gantung dadah
PETER Yesudas, V. Kasinathan dan K. Nagaraj diiringi polis ketika tiba di mahkmah bagi mendengar keputusan kes pengedaran dadah dekat Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Nasib tiga sahabat ke tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini mendapati mereka bersalah atas empat pertuduhan mengedar dadah jenis heroin dan Monoacetylmorphines dekat bangsal lembu, empat tahun lalu.  

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian selepas pihak pembelaan tertuduh, C. Peter Yesudas, 55; V. Kasinathan, 43, dan K. Nagaraj, 57, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Beliau dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati keterangan tertuduh lebih bersifat kepada penafian tanpa bukti konkrit.

“Mereka (tertuduh) mempunyai milikan secara langsung dalam proses dadah iaitu mempunyai pengetahuan terhadap dadah dalam bangsal itu.

“Selain itu, terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh pada dadah yang dirampas di lokasi kejadian selain mempunyai milikan kawalan terhadap dadah dengan dibayar gaji oleh Balaguhan ( seorang lagi yang masih bebas),” katanya.

Pada prosiding sama, mahkamah memerintahkan pembatalan pertuduhan sama terhadap M. Radakrishnan, 52, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan, Februari tahun lalu.

Mengikut dua pertuduhan, mereka bersama S. Balaguhan, 50, yang masih bebas dengan niat mengedar heroin seberat 432.5g dan Monoacetylmorphines (152.6g).

Perbuatan itu dilakukan di sebuah bangsal di Jalan Bukit Beruntung, Hulu Selangor, pukul 12.40 tengah hari, 26 November 2019. Justeru, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datin Zuraini Abdul Razak manakala tiga tertuduh diwakili peguam Norman Mohd. Nasir.

Sepanjang perbicaraan bermula 15 November tahun lalu, pendakwaan mengemukakan seramai 22 saksi dan 317 eksibit manakala pembelaan melibatkan keterangan tiga tertuduh di kandang saksi.

Media sebelum ini melaporkan satu sindiket pengedaran dadah tumpas dengan penahanan 11 individu dalam serbuan terhadap sebuah bangsal ternakan lembu dan ikan yang menjadi tempat memproses bahan itu di Bukit Beruntung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya