Tidak semua poligami itu teruk - Muhammad Faiz - Utusan Malaysia

Tidak semua poligami itu teruk – Muhammad Faiz

MUHAMMAD FAIZ Hashim (tengah) ketika menyambut ulang tahun kelahirannya bersama dua isterinya di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tidak semua poligami itu teruk ia akan menjadi indah andai individu terbabit tahu menghargai dan menghormati antara satu sama lain.

Ikon Poligami Harmoni, Muhammad Faiz Hashim berkata, beliau sehubungan itu mendoakan semoga pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar tabah menghadapi ujian Allah SWT di dunia ini.

“Jangan ditanya kenapa perlu lalui ujian hidup sebegini, kerana kamu semua adalah insan-insan hebat yang dipilih Allah SWT untuk melalui kehidupan ini.

“Inilah kehidupan poligami. Tidak semua poligami itu teruk. Poligami akan menjadi indah andai kita tahu menghargai, menghormati antara satu sama lain. Semai sifat kasih sayang dan saling melengkapi antara satu sama lain.

“Semua di dunia ini bersifat pinjaman semata mata, cinta pada Allah SWT jua yang kekal selamanya. Kejar dunia semuanya fatamorgana semata, kejar agama dan akhirat, dunia akan dapat, akhirat juga akan dapat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengarah dan pelakon itu menamatkan segala spekulasi apabila membuat pengakuan bernikah dengan Ira menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.

Sebelum ini, Syamsul berdepan kemelut rumah tangga berterusan selepas Puteri Sarah Liyana mendedahkan tentang kehadiran orang ketiga yang mengganggu kebahagiaan mereka.

Syamsul dan Ira bagaimanapun, sebelum ini mengunci mulut tentang hubungan mereka dan sering mengelak apabila disoal berkenaan perkara itu.

Dalam perkongsian sama, Syamsul merayu kepada Puteri Sarah agar menghentikan tindakannya membuka cerita rumah tangga mereka kepada umum.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata, belajarlah untuk reda dengan segala ketentuan Allah SWT.

“Pasti hidayah Allah SWT ketenangan milik kamu semua, semoga dipermudahkan. Amin Ya Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya