Tiada lesen cakap buruk artis lain – Amylea - Utusan Malaysia

Tiada lesen cakap buruk artis lain – Amylea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYANYI dan komposer, Amylea Azizan, 37, menegaskan mana-mana selebriti tidak mempunyai ‘lesen’ untuk bercakap buruk mengenai individu lain, apatah lagi industri hiburan di negara ini berlegar dalam lingkungan kecil. 

Katanya, setiap teguran atau kritikan perlu dilakukan secara umum tanpa merujuk artis tertentu supaya tidak menimbulkan sakit hati dan menjejaskan perasaan artis lain. 

“Kalau nak cakap sesuatu berunsurkan nasihat, sebaik-baiknya jumpa secara berdepan. Kita pun tidak seronok kalau orang bercakap tentang kita di belakang. 

“Apa yang penting, jaga mulut dan saya kalau boleh tidak mahu bermasam muka sesama artis,” katanya. 

Penyanyi lagu Tak Pernah Hilang, duet bersama Kaer Azami itu menjelaskan, tidak sepatutnya isu peribadi seseorang artis dijadikan topik panas untuk menaikkan nama sendiri. 

Katanya, tindakan seperti itu adalah sesuatu yang tidak sihat dan boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan selebriti. 

“Apabila artis lain berdepan masalah peribadi, kita pula sibuk menceritakan pengalaman sendiri. 

Perlu diingat, tiada siapa yang akan mengambil berat masalah kita, kecuali keluarga dan mereka yang rapat. 

“Orang lain sekadar ambil tahu, tetapi tidak ambil kisah. Sedangkan kawan rapat boleh tikam belakang, apatah lagi orang luar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya