Tiada kesalahan bas ekspres dikesan pra TBC

Tiada kesalahan bas ekspres dikesan pra-Tahun Baharu Cina

MUHAMMAD FIRDAUS Sharif memeriksa sebuah bas ekspres ketika Op Depoh di Depoh Ekspres Delima, Taman Malim Jaya, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Para pengendali perkhidmatan bas ekspres di Melaka dilihat mematuhi peraturan ditetapkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina hujung minggu ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Sharif berkata, hasil pemeriksaan ke atas 28 bas ekspres di enam depoh di Melaka mendapati, tiada sebarang kesalahan dikesan buat masa ini.

Beliau berkata, Op Depoh yang dijalankan telah memeriksa serta mengesan bas-bas yang mempunyai saman tertunggak, selain pemeriksaan aspek teknikal kenderaan seperti brek, tayar, lampu, pembalik cahaya, dokumen kenderaan serta lesen pemandu.

“Op Depoh ini bertujuan memastikan semua kenderaan awam sentiasa dalam keadaan selamat serta mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010,” katanya dalam sidang akhbar selepas Op Depoh di Depoh Ekspres Delima, Taman Malim Jaya di sini malam tadi.

Tambah Muhammad Firdaus, sebanyak 407 notis kesalahan dikeluarkan pihaknya sepanjang tempoh empat hari Op Pra TBC yang dilaksanakan sejak 14 Januari sehingga semalam.

Beliau berkata, notis tersebut melibatkan 337 kesalahan oleh pelbagai kenderaan dengan nilai kompaun berjumlah hampir RM90,000.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 180 kenderaan telah diambil tindakan melibatkan 139 motosikal dan 41 pula membabitkan lain-lain kenderaan.

“Motosikal paling banyak notis dikeluarkan membabitkan 236 notis manakala 68 notis lagi membabitkan pelbagai kenderaan dan keseluruhannya sebanyak 304 notis telah dikeluarkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya