Tiada gambar dalam poster Famili Duo, kami belum ada kata putus - Naim Daniel - Utusan Malaysia

Tiada gambar dalam poster Famili Duo, kami belum ada kata putus – Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan peserta Famili Duo, Naim Daniel mengakui tidak dimaklumkan berhubung ketiadaan gambar dan lagu persembahan bagi minggu separuh akhir dalam poster program tersebut yang dimuat naik hari ini.

Jelas Naim, dia dan sepupunya, Sissy Imann juga belum memberi kata putus sama ada akan meneruskan perjuangan dalam program tersebut berikutan masih tiada lagu untuk dipersembahkan.

“Sebenarnya saya pun baru tahu gambar kami tiada dalam poster minggu separuh akhir. Tak boleh nak beri komen, rasanya okay sahaja. Kita tunggu dulu ya.

“Apa yang saya boleh katakan, kami sedang dalam proses menguruskan beberapa perkara. Belum dapat kata putus lagu untuk minggu ini.

“Selalunya selepas tamat konsert, kami terus memberikan senarai lagu untuk minggu seterusnya. Tetapi kali ini, lagu pun tiada lagi. Doakan kami ya. Insya-Allah, kami akan muncul,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya berhubung keadaan rakan duonya, Sissy, Naim berkata, penyanyi Boneka itu masih memerlukan masa dan belum bersedia untuk bercakap atau memberi komen mengenai insiden yang berlaku.

“Memang saya ada hubungi Sissy. Dia belum bersedia untuk bercakap dengan sesiapa. Dia masih lagi dalam proses mencari semangat yang hilang selepas apa yang berlaku.

“Kami terima baik semua komen pelbagai pihak berhubung apa yang berlaku. Itu akan dijadikan obor semangat untuk kami terus berjuang,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya