Tiada yuran dikenakan kepada peguam syarie tahun ini

Tiada yuran dikenakan kepada peguam syarie di bawah Akta 814 tahun ini

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada yuran atau caj dikenakan terhadap peguam syarie di Wilayah Persekutuan di bawah Seksyen 23, 24, 29 dan 31 Akta Profesion Guaman Syarie 2019 (Akta 814) bagi tahun ini.

Perkara itu diputuskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, hari ini.

Mohd Na’im berkata, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira kebajikan peguam syarie khususnya dalam era pasca pandemik selain melihat profesion guaman syarie ini masih lagi belum pulih sepenuhnya.

Menurutnya, keputusan itu juga dibuat selepas mendapat maklum balas dan pandangan daripada Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan (MPSWP), Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Jabatan Peguam Negara.

“Oleh itu, saya berpandangan bahawa perlunya kajian lanjut dilaksanakan oleh pihak-pihak berkaitan sebelum apa-apa ketetapan berhubung dengan pengenaan fi boleh dibuat.

“Perkara ini penting supaya sebarang keputusan berhubung dengan penetapan fi dapat dibuat dengan adil serta bebanan kepada mana-mana pihak dapat dielakkan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, buat masa ini kajian lanjut sedang dilaksanakan dan fi serta caj bagi Seksyen dan Akta berkenaan belum lagi ditetapkan.

Mohd Na’im berkata, bagi tahun 2024 dan seterusnya, perkara ini (penetapan fi) akan ditentukan setelah kajian lanjut dan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan diadakan.

Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 [Akta 814] telah mula berkuat kuasa pada 21 Jun 2022.

Berikutan pelaksanaan Akta 814, beberapa fi dan caj boleh dikenakan ke atas anggota Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan (BPS) iaitu yuran tahunan dan levi di bawah Seksyen 47 Akta 814 yang kena dibayar kepada Badan Peguam Syarie.

Selain itu, beberapa fi lain di bawah Seksyen 23, 24, 29 dan 31 Akta 814 juga perlu dibayar kepada Ketua Pendaftar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya