Tengku Zafrul mahu manfaat portfolio bantu penduduk Kota Raja - Utusan Malaysia

Tengku Zafrul mahu manfaat portfolio bantu penduduk Kota Raja

Kota Raja
TENGKU Zafrul Abdul Aziz (tengah) menyantuni warga emas penghuni Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Chik Shin Tong sempena Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Anjuran Yayasan TZA di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Kota Raja, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz akan memainkan peranannya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor meyakinkan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN).

Peranannya sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan dimanfaatkan untuk membantu meningkatkan ekonomi di Parlimen Kota Raja khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa, Sungai Kandis dan Kota Kemuning.

Menurutnya, beliau akan memastikan perkembangan ekonomi penduduk di kawasan berkenaan turut menerima manfaat daripada pertumbuhan di seluruh negara dan global dalam pelbagai sektor.

“Fokus saya untuk membantu atas kapasiti Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, ini disebabkan pelaburan dan perdagangan adalah enjin kepada pertumbuhan ekonomi selain daripada perbelanjaan rakyat

“Ini bermakna pertumbuhan ekonomi di sini turut bergantung kepada pertumbuhan ekonomi negara dan  saya fokus untuk membantu mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4 hingga 5 peratus seperti yang disasarkan Bank Negara Malaysia,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) lalu Tengku Zafrul yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB Bank itu pertama kali bertanding di Parlimen Kuala Selangor.

Bagaimanapun, kemunculan sulung bekas Menteri Kewangan dalam dunia politik itu tidak bernasib baik apabila tewas dalam saingan sengit dengan penyandangnya Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dari Pakatan Harapan (PH).

Bekas Menteri Kewangan itu memperoleh sebanyak 30,031 undi manakala Dr.Dzulkifli menang tipis dengan kelebihan 1,002 undi selepas memperoleh 31,033 undi.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memaklumkan beliau meletakkan keyakinan kepada kepimpinan UMNO Negeri dan bahagian untuk mengemudi strategi bagi menghadapi PRN yang dijangka berlangsung pada pertengahan tahun ini.

“Itu wajar dijelaskan oleh pucuk pimpinan parti dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Datuk Kamaruzzaman Johari. Saya cuma AJK Bahagian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya