Tak serik-serik bergelumang dadah - Utusan Malaysia

Tak serik-serik bergelumang dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AGAKNYA, memang betul bagai dikata orang. Sekali sudah seronok bergelumang dengan benda terlarang, memang payah untuk ditinggalkan.

Bukan Cik Bunga nak kata tiada yang berubah. Tetapi mungkin dalam jumlah yang ramai itu, hanya seorang dua yang betul-betul sedar kesilapan diri dan mahu berubah.

Lebih parah jika masih ambil dadah, tetapi cuba ‘cover line’ dan berlagak seolah-olah tiada apa-apa.

Lagi buat hati Cik Bunga panas, dia gunakan pula agama sebagai topeng menutup salah lakunya.

antang betul Cik Bunga dengan orang yang begini dan artis yang Cik Bunga gambarkan ini, memang begitu gelagatnya sejak dulu.

Sangkakan dia sudah insaf dan betul-betul berubah, rupanya dia masih dengan perangai lamanya itu.

Kalau bercakap, bukan main nama Tuhan sentiasa basah di bibir. Tetapi, rupanya ke laut dalam juga apabila dia masih hanyut dengan dadah.

Penatlah nak layan orang begini. Nak kata tidak berbakat, pencapaiannya boleh tahan. Tapi sayang, tangannya sendiri yang hancurkan kerjaya seninya.

Ingatkan sudah keluar masuk mahkamah, semakin tinggi nilai keinsafan. Nampaknya, jauh panggang daripada api.

Mungkin sebab itu, rakan-rakannya sudah putus asa nak layan kerenah ‘gilanya’ itu.

Tidak cuma rakan, malah peminat juga sudah hampa dengan perangai artis ini yang tidak pernah berubah.

Dari bujang sehingga kini sudah beranak-pinak, harapan peminat untuk lihat dia tinggalkan dadah masih belum jadi kenyataan.

Bayangkanlah… Entahlah, doakan sajalah yang baikbaik supaya dia insaf dan berubah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya