Syor mulakan sesi sekolah pukul 8 pagi

Syor mulakan sesi sekolah pukul 8 pagi

ANUAR AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem persekolahan di Semenanjung Malaysia wajar dimulakan pukul 8 pagi bagi memudahkan guru-guru, ibu-bapa dan anak-anak khususnya menguruskan masa. 

Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, kerajaan seharusnya ada rasa belas kasihan dan empati dengan keadaan guru-guru, ibu-bapa dan anak-anak.

“Ada yang terpaksa bangun seawal pukul 4.30 pagi kerana jika di bandar terpaksa meredah kesesakan jalan raya seawal pukul 6 pagi untuk ke sekolah.

“Sekolah pedalaman pula, anak-anak kecil terpaksa jalan di becak dan berlumpur serta ada yang terpaksa meredah denai kecil atau berperahu sedangkan hari masih gelap.

“Malah ada anak-anak yang tidak sempat bersarapan bersama keluarga kerana terpaksa bergegas ke sekolah,” katanya dalam satu kenyataan

Beliau berkata, 

“Sekiranya kerajaan prihatin dengan kesejahteraan dan kesihatan rakyat, apa salahnya melakukan sesuatu yang betul untuk rakyat dengan memulakan sesi persekolahan pada pukul 8 pagi.

“Ini juga selaras dengan meraikan konsep Malaysia Madani dan slogan “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya