Suria FM 'belanja' pendengar, peluang menangi RM60,000

Suria FM ‘belanja’ pendengar, peluang menangi RM60,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suria FM membuka tirai 2023 dengan menampilkan konsep ‘look & feel’ yang lebih segar, kreatif dan menarik bertemakan ‘Ilustrasi dan Warna Pop’.

Konsep baharu menampilkan penyampai Suria FM yang mula menghiasi semua digital platform Suria FM, laman web Suria.my, aplikasi Suria Malaysia dan Youtube Suria TV sejak 25 Januari lalu.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih mesra dikenali sebagai DJ Lin berkata, konsep itu diperkenalkan selepas saluran radio tersebut sudah bersiaran selama 15 tahun serta hadiah buat penengar yang sentiasa menyokong jenama tersebut.

“Kami percaya kelainan yang dibawakan ini sejajar dengan misi Suria FM untuk terus kekal relevan dalam industri radio tanah air. Suria FM kini lebih agresif untuk menganjurkan pelbagai peraduan dan aktiviti dalam usaha memperkukuhkan hubungan baik bersama pendengar setia.

“Bermula 30 Januari ini, Suria FM memberi peluang kepada pendengar untuk memenangi sebahagian daripada RM60,000 menerusi kempen Suria Bagi Duit,” katanya dalam kenyataan.

Kempen ‘Suria Bagi Duit’ kali ini terbahagi kepada beberapa peraduan seperti Suara Selebriti Suria, Lagu Oyen Suria, Lagu Gostan Suria dan Lagu Rosak Suria.

Untuk peraduan pertama, ‘Suara Selebriti Suria’, pendengar berpeluang memenangi sebahagian wang tunai berjumlah RM60,000 dengan hanya meneka suara selebriti mengikut turutan menerusi peraduan yang bermula 30 Januari sehingga 10 Februari depan.

Pendengar boleh melayari laman web Suria dan media sosial Suria Malaysia untuk info lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya