Status KJ dalam UMNO ditentukan petang ini

Status KJ dalam UMNO ditentukan petang ini

KHAIRY JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Status keahlian Khairy Jamaluddin dalam UMNO akan diketahui petang ini.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dalam sidang akhbar semasa lawatan ke galeri jualan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), di sini hari ini.

“Petang ini,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita berhubung perkara tersebut.

MOHAMAD HASAN

Khairy sebelum ini secara terbuka mengakui tidak menggemari segelintir pemimpin UMNO dan mahu ‘membersihkan’ parti itu, jika berjaya menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau dalam masa yang sama turut menegaskan, semua pihak perlu mengakui UMNO perlu berubah untuk kembali menjadi parti yang boleh dibanggakan dan menjadi wadah politik terbesar seperti suatu ketika dahulu.

Mesyuarat UMNO  dijadual diadakan petang di Menara Dato’ Onn di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya