SOP baharu Covid-19, tunggu hari Selasa - Dr. Zaliha

SOP baharu Covid-19, tunggu hari Selasa – Dr. Zaliha

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Prosedur operasi standard (SOP) baharu berkaitan Covid-19 atau protokol berkaitan kemasukan pengembara dari luar negara termasuk China akan diumumkan pada Selasa ini.

Dr. Zaliha menjelaskan perkara itu kepada media selepas ditemui pada Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Kesihatan (KKM) 2023, di sini hari ini.

Sebelum itu, wartawan yang hadir pada program itu memohon penjelasan segera dari Dr. Zaliha berhubung SOP baharu itu sedangkan China mula membuka sempadan negaranya bermula Ahad ini.

Bagaimanapun, selepas diasak wartawan, Dr. Zaliha akhirnya menjelaskan segala SOP dan protokol baharu itu akan diketahui pada Selasa.

Katanya, buat masa ini, pihaknya sedang mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

“Kita jemput media untuk menerangkan segala kekeliruan mengenai Covid-19 dan (mengenai) protokol akan dijawab pada hari itu juga.

“Boleh tanya apa sahaja soalan dan kita akan cuba jawab dan perjelaskan,” katanya.

Ditanya sebarang cadangan untuk perkemaskan prosedur operasi standard (SOP) termasuk seperti dilaksana kerajaan Sabah, Dr Zaliha berkata segala perkembangan atau perubahan akan dijawab kemudian.

Ditanya ada pendekatan lain selain mengimbas suhu pelancong yang tiba, Dr. Zaliha berkata, kerjasama pihak berkuasa termasuk pengurusan lapangan terbang akan digembleng bersama.

“Kita akan kerjasama dengan semua pihak berkuasa di lapangan terbang untuk memastikan pelancong yang tiba kalau ada yang bergejala, tindakan segera dilakukan.

“Kalau dia (pelancong) perlukan perubatan dan pergi ke hospital, kita hantar ke hospital, kalau isolasi, kita isolasi,” katanya.

Terdahulu ketika dalam ucapannya, Dr Zaliha berkata, KKM sentiasa berada dalam siap siaga khususnya dengan kemunculan subvarian baharu, Omicron.

“Kita akan menilai secara dekat perkembangan mutakhir serta bekerjasama rapat dengan negara serantau khususnya negara jiran seperti Thailand dan Singapura serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam memperkukuhkan strategi kawalan dan pencegahan penularan,” katanya.

Awal bulan lalu, China menamatkan dasar ‘sifar-COVID’ bagi membendung wabak berkenaan dengan pembukaan semula sempadan negara itu bermula Ahad ini.

Bagaimanapun, penamatan dasar itu turut menyaksikan peningkatan kes dan kematian di China akibat wabak yang disebabkan oleh subvarian Omicron, BA.5 yang lebih berbahaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya