Sistem bayaran menerusi kad JKMPay OKU mungkin dibatal

Sistem bayaran menerusi kad JKMPay OKU mungkin dibatal

NANCY Shukri (tengah) beramah mesra bersama warga kementerian di KPWKWM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah hampir dua tahun dilaksanakan, JKMPay kemungkinan besar boleh dibatalkan jika terbukti tiada faedah kepada golongan orang kurang upaya (OKU) sendiri.

Perkara itu dibayangkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri susulan pertemuan dengan Senator Datuk Ras Adiba Radzi semalam.

“Kajian projek rintis ini sudah pun selesai dan kita tunggu laporan yang akan dibentangkan insya-Allah bulan ini juga sebelum dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Menteri Bersama Warga Kementerian itu di sini hari ini.

JKMPay diperkenalkan pada 1 Februari 2021 lalu melibatkan sejumlah 2,000 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan meliputi enam negeri yang terpilih.

Program bayaran tanpa tunai itu membabitkan hampir 300 kedai runcit di Kedah, Perlis, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Selangor bagi mengawal penerima cermat berbelanja.

Bagaimanapun 50 badan OKU tempatan membantah sistem itu kerana kaedahnya amat menyusahkan mereka kerana bukan semua premis niaga berdaftar dengan Bank Islam.

Penegasan itu turut diulangi semula Ras Adiba yang juga Ahli Dewan Negara mewakili OKU di seluruh Malaysia ketika berjumpa sendiri menteri berkenaan di pejabatnya di sini.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, pihaknya memang sedar majoriti daripada 550,000 penerima bantuan yang mahu kembali kepada cara manual tunai bulanan RM450 sepenuhnya.

“Kita tiada masalah jika hendak balik semula kepada kaedah lama asalkan dapat memberi manfaat kepada penerima JKM, namun mungkin akan mengambil masa sedikit,” jelasnya.

Langkah tersebut ujarnya, bagi memastikan agenda pembangunan dan pemerkasaan OKU di negara ini dilaksanakan dengan adil serta tidak mendiskriminasi nasib kelompok itu.

Beliau turut mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan kementerian itu bagi menilai cara terbaik untuk membantu meringankan beban penerima dari pelbagai sudut.

Malah beliau berterima kasih kepada Ras Adiba yang banyak memberikan maklum balas positif kepada kementerian kerana golongan OKU itu sendiri lebih faham masalah mereka.

Pada masa sama, Nancy menegaskan bahawa pihaknya juga terbuka menerima apa sahaja saranan yang baik daripada mana-mana kelompok demi menjaga kepentingan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya