Sherry impi mengacara program TV Indonesia - Utusan Malaysia

Sherry impi mengacara program TV Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHERRY Alhadad, 38, meniti laluan kerjaya yang cukup selesa apabila menerima pelbagai tawaran silih berganti sepanjang tahun lalu, termasuk mengendalikan Anugerah Industri Muzik Ke-23.

Sempena kedatangan tahun baharu, Sherry memasang impian untuk mencipta nama sebagai pengacara di Indonesia kerana sangat mengagumi kemahiran dan suasana mengendalikan program hiburan di sana.

“Saya teringin untuk mengacara di Indonesia kerana mereka lebih terbuka dan bebas, malah suasana di set juga sangat hidup.

“Setiap kali di rumah, emak selalu meminta saya mengkaji bagaimana pengacara negara seberang mengendalikan program.

“Memang jauh berbeza kerana mereka boleh mengacara program sehingga lapan jam, sedangkan kita biasanya hanya dalam dua jam setengah,” katanya.

Menjadikan D’Academy Asia sebagai program pilihan, Sherry atau nama penuhnya, Shari ah Mariam Syed Abdullah Alhadad tidak akan menolak sekiranya mendapat tawaran mengendalikan rancangan hiburan di sana.

Katanya, dia teringin mengacara dan berlakon dalam set yang sama, selain mencari peluang menjayakan program berbentuk sketch comedy.

“Saya pernah mengendalikan program sendiri iaitu The Sherry Show. Saya juga pelakon dan kalau boleh, mahu menterjemahkan bakat itu di set pengacaraan.

“Di Indonesia, banyak program popular di sana menampilkan pengacara lelaki yang sarat dengan lawak jenaka. Ada segmen temu bual pelakon dan berlakon di set secara langsung.

“Kalau di Malaysia, program seperti Sepahtu Reunion Live hanya memberi fokus kepada lakonan, tetapi tiada sesi temu bual,” jelasnya.

Sepanjang bergelar pengacara, Sherry pernah merasai pengalaman mengendalikan Anugerah Planet Muzik 2016 yang dianggap sebagai pentas terbesar buat dirinya.

Sudah tentu, Sherry menanam impian lebih besar untuk mengikut jejak langkah Datuk Aznil Nawawi dan Nabil Ahmad yang pernah mengacara di karpet merah Oscar.

“Cuma, saya tertanya-tanya apakah mampu melakukannya? Nabil pernah berpesan, apa yang penting perlu yakin dan percaya yang kita mampu buat,” katanya.

Aznil pernah mengacarakan karpet merah Anugerah Oscar ke-88 pada 2016, manakala Nabil terpilih sebagai pengacara karpet merah Anugerah Oscar ke-89.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya