Selangor sasar kutipan hasil RM2 bilion - Utusan Malaysia

Selangor sasar kutipan hasil RM2 bilion

Hasil
AMIRUDIN Shari memerhatikan seorang guru membantu murid OKU ketika hadir merasmikan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS) dekat Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor optimis mampu memperoleh kutipan hasil negeri berjumlah RM2 bilion yang disasarkan pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keyakinan itu bersandarkan kutipan RM60 juta yang diperoleh dalam tempoh tujuh hari awal bulan ini.

Kata beliau, pihaknya kini dalam landasan tepat bagi mencapai sasaran ditetapkan seperti tahun sebelumnya.

“Kita masih dalam sasaran realistik iaitu RM2 bilion dan rekod kutipan amat positif setakat ini. Kutipan hasil itu akan disemak secara lebih terperinci selepas April atau Mei nanti,” katanya selepas merasmikan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (Anis) di Seksyen 7 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kerajaan Selangor melepasi sasaran kutipan hasil negeri berjumlah RM2.05 bilion yang disasarkan pada tahun lalu.

Setakat Oktober lalu, kerajaan negeri berjaya mengutip hasil sebanyak RM2.17 bilion menerusi pengenalan pelbagai pemudah cara bagi pelbagai membayar hasil serta cukai.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, projek tebatan banjir di Selangor masih giat dijalankan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ketika ini.

“Kita berharap projek itu akan dapat dipercepatkan sejak dilancarkan bermula bulan ini. Ia termasuk proses pendalaman Sungai Langat Fasa Dua, Sungai Damansara dan sebagainya,” ujarnya.

Pada 6 Disember lalu, kerajaan Selangor akan menyemak semula dengan Kementerian Kewangan (MOF) sama ada peruntukan RM4.7 bilion daripada Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan projek tebatan banjir sebelum ini turut dihentikan.

Ia susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya