Sektor swasta perlu aktif dalam pembangunan Perlis

Sektor swasta perlu aktif dalam pembangunan Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail beramah mesra dengan salah seorang penerima agihan zakat sempena Program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli kepada asnaf-asnaf terpilih di Kuala Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sektor swasta perlu terlibat secara lebih aktif dalam pembangunan di Perlis demi kebaikan rakyat di negeri ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pihak terlibat disaran supaya mengenal pasti dan meneroka bidang-bidang kerjasama baharu yang berimpak tinggi untuk dilaksanakan demi kebaikan rakyat.

Baginda bertitah, pelaksanaan setiap projek milik kerajaan mahu pun swasta seharusnya berjalan lancar dan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan tidak kira sama ada berskala kecil atau besar.

“Setiap perancangan dan pelaksanaan projek-projek yang berjalan ini juga perlu dipastikan tidak berlengah.

“Sebarang isu yang timbul wajar ditangani dengan baik dan pantas melalui pelaksanaan yang cekap, dipantau serta dilaporkan secara berkala kepada pihak sewajarnya terutama sekali pemegang taruh inisiatif tersebut,” titah baginda selepas berangkat menyampaikan sumbangan sempena Program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli kepada asnaf-asnaf terpilih di sini hari ini.

Dalam program itu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyantuni dan menyampaikan agihan zakat bernilai RM700 kepada tiga penerima bantuan berkenaan.

Penerima bantuan itu terdiri daripada Samsudin Abdul Rahman, 67, dari Kampung Padang Besar Selatan dan Abdul Dali, 68, serta Daud Bahari, 72, dari Kampung Kuala. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya