Segera perkenal SOP pelancong China

Segera perkenal SOP pelancong China

UZAIDI UDANIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa mempercepat prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi kemasukan pelancong dari China bermula 8 Januari ini.

Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis berkata, gesaan itu dibuat supaya semua pemain industri termasuk pengurusan di lapangan terbang dan petugas barisan hadapan dapat melakukan persiapan lebih awal sebelum menyambut ketibaan pelancong dari negara tersebut.

“Penetapan SOP yang jelas dan terang mengenai perkara berkenaan perlu diumumkan segera supaya pihak yang berkaitan dapat bersedia dengan lebih awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Penerangan SOP ini adalah penting supaya ia tidak terlaksana dengan keadaan yang tidak gusar atau was-was apabila mempraktikkannya,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Pada masa sama, Uzaidi berkata, SOP yang diperkenal nanti perlulah lebih ketat bagi memastikan kemasukan pelancong dari China tidak menyebarkan sebarang penyakit seperti Covid-19 ke negara ini.

“Langkah berkenaan adalah lebih bersesuaian berbanding mengenakan sekatan kemasukan terhadap pelancong dari negara itu.

“China adalah pasaran pelancongan penting dan sebarang sekatan memberi impak kepada negara,” katanya.

Pelancong China dibenarkan ke luar negara mulai 8 Januari ini setelah syarat kuarantin wajib bagi ketibaan luar negara dimansuhkan, tiga tahun selepas negara itu dilanda pandemik Covid-19. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya