Sayang, kelak susah bekerjasama – Elly Arifin - Utusan Malaysia

Sayang, kelak susah bekerjasama – Elly Arifin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI pelakon dan pengacara, Elly Arifin, 34, mana-mana artis atau selebriti harus sentiasa bersangka baik sesama rakan industri dan mengelak diri daripada pergaduhan atau konfrontasi yang menyukarkan peluang untuk bekerjasama pada masa mendatang. 

Kata Elly, setiap artis mempunyai bakat dan kelebihan masing-masing, namun jika dicemarkan dengan isu remeh, ia akan membawa kerugian kepada kedua-dua pihak. 

“Sebagai contoh, jika masing-masing sedang dinilai oleh produksi atau stesen televisyen untuk menjayakan sesuatu projek, tawaran akan jadi tersekat hanya kerana ada pelakon sedang bermasam muka. 

“Sedangkan, bakat yang ada pada diri masing-masing boleh membantu untuk menaikkan kualiti sesebuah projek. Mana tahu, jalinan kerjasama itu akan mampu mencipta kejayaan besar? 

“Tetapi, jika awal-awal sudah bermasam muka dan ada isu pertelingkahan gara-gara saling tidak berpuas hati antara satu sama lain, rezeki boleh terlepas begitu sahaja,” katanya. 

Tambah Elly, sememangnya rezeki tidak pernah salah alamat. Namun, sebagai rakan industri seni, lebih baik bersangka baik dan saling menyokong antara satu sama lain untuk memajukan diri. 

“Apa manfaat yang kita raih jika suka memburukkan dan menjatuhkan orang lain? Memang kita sebagai manusia tidak maksum, tetapi apalah salahnya jika kita didik hati untuk menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya