Saya tidak ‘segila’ dahulu, sekarang lebih tenang - Utusan Malaysia

Saya tidak ‘segila’ dahulu, sekarang lebih tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FAIZAL Tahir, bukan satu nama kecil dalam industri seni suara. Lagu-lagunya sentiasa mendapat tempat di dalam carta. Dia penyanyi, komposer dan penulis lirik yang mempunyai portfolio hebat dalam kanvas seni muzik tanah air. Namun ramai juga tertanya-tanya, mengapa sehingga kini msih tiada konsert solo Faizal Tahir? Himpunan lagu-lagunya sudah cukup untuk dipersembahkan dalam skala besar, jadi apa sebab untuk dia katakan tidak? Timbul juga persoalan, adakah dia merajuk dengan industri seni sementelah cukup jarang kita menonton persembahan penyanyi Mahakarya Cinta ini di pentas-pentas besar. Benarkah dakwaan tersebut? Jawablah mendapatkan Faizal Tahir!

RAMAI tertanya-tanya, bila agaknya Faizal Tahir akan buat konsert solo? Sementelah trend terkini, saban minggu ada sahaja konsert. Baik yang baharu atau lama. Faizal bila pula? 

Ada ke peminat tanya? (seloroh) Sejujurnya, memang saya ada terima pelawaan untuk mengadakan konsert. Banyak kali juga. Tetapi saya bukan macam dulu. Stamina sudah tidak seperti dulu. Hendak menyanyi 15 hingga 20 lagu ini bukan senang. 

Maksud Faizal dengan frasa ‘bukan seperti dulu?’ Adakah sekarang Faizal lebih santai? Tidak seperti dahulu yang cukup ‘gila’ atas pentas? 

Bila teringat Faizal Tahir yang dulu, macam-macam perangai ya. Melompat, berenang, terbang atas pentas. Semua sudah saya buat. Sekarang saya lebih tone down berbanding dahulu. Kalau boleh mahu buat persembahan secara santai, rilek sahaja. Saya sendiri sudah tidak ingat, bila kali terakhir saya menyanyi di pentas berskala besar. Mungkin sudah tiga tahun saya tidak beraksi di pentas besar. 

Kenapa tidak mulakan latihan fizikal untuk stamina? Atau Faizal memang sudah tidak ada hati untuk mengadakan konsert? 

Bukan tak ada hati atau isu-isu melibatkan emosi, tetapi jujur memang saya akui stamina itu tidak ada. Usia sudah meningkat, hendak menyanyi 15 lagu itu menuntut komitmen dan stamina tinggi. Kalau hendak cakap tak akan ada konsert solo itu tidaklah. Bila tiba masanya, saya akan jalani disiplin dan latihan fizikal. Tetapi bukan sekarang.

Bagi segelintir penyanyi, konsert solo adalah satu portfolio. Tetapi mengapa Faizal seperti belum bersedia? 

Iya, jawapannya belum bersedia. Memang sebuah konsert solo ibarat portfolio atau pencapaian tertinggi seseorang penyanyi. Bila ditawarkan, saya pun teruja cuma itulah, belum waktunya lagi.

Atau mungkin juga lambakan konsert ketika ini membuatkan Faizal menangguhkan dahulu pelan itu? Tidak dinafikan, itu antara salah satu sebab. Sekarang setiap minggu ada konsert, dalam dan luar negara. Bukan nak kata kita sombong atau tak nak buat, cuma tiket bukan murah. Banyak berhabis nanti. Mungkin bagus juga saya menanti waktu sesuai untuk mengadakan konsert solo. Sekarang semua mahu buat konsert kan, jadi saya bagi laluan dahulu. Cuma Mac nanti, saya bakal beraksi di pentas Konsert Malam Bulan Bintang bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M.Nasir dan ramai lagi. 

Oh! Menarik. Berapa lagu yang bakal dinyanyikan dan sebab utama Faizal menerima tawaran tersebut? Nak jujur atau bagaimana? Kalau jujur, sebab bayarannya! (seloroh). Saya bakal menyanyikan empat lagu. Konsert kini berbeza, selain menggabungkan beberapa artis, konsep kerohanian itu menarik minat saya. Lebih santai dan tenang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya