Saravanan dilantik penolong jurulatih Perak FC - Utusan Malaysia

Saravanan dilantik penolong jurulatih Perak FC

V. SARAVANAN (kanan) memeterai kontrak sebagai penolong jurulatih Perak FC. - UTUSAN/PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selamat pulang Saravanan. Begitu sambutan peminat Perak kepada legenda pasukan itu, V. Saravanan yang baru sahaja diumumkan sebagai penolong jurulatih Perak bagi menghadapi musim 2023.

Saravanan yang menetap di Finland bersama keluarganya selama 10 tahun, membuat keputusan pulang ke negeri kelahirannya.

Hajat bekas penyerang skuad negara itu untuk pulang ke tanah air bagi menabur bakti buat bekas pasukannya kini akhirnya menjadi kenyataan.

Jurulatih berusia 44 tahun itu telah memeterai kontrak selama dua tahun dengan pilihan untuk tambahan semusim lagi sekiranya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) .

Perkembangan terkini yang disahkan oleh laman sosial rasmi Perak Football Club itu pastinya disifatkan peminat sebagai ‘sirih pulang ke gagang’.

Saravanan yang menempah nama bersama Mohd. Khalid Jamlus ketika Perak di bawah bimbingan Allahyarham Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan mendiang, Karl Heinz Weigang berkelana ke Finland sejak tahun 2011.

Terlibat secara langsung dalam pembangunan dan cukup arif dengan situasi bola sepak di Eropah, mungkin menjadi faktor pemain yang memulakan kerjaya bola sepak dengan pasukan Lintau, Ipoh itu apabila dilantik oleh Lim Teong Kim dalam barisan kejurulatihannya.

Kini, Saravanan akan bergandingan semula dengan bekas rakan sepasukannya sewaktu Perak menjulang trofi Piala Malaysia 1998 dan 2000 iaitu Raja Azlan Shah Raja Shoib yang juga sedang membantu Teong Kim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya