Sanggup tunggu sejak awal pagi naik bot ronda tasik

Sanggup tunggu sejak awal pagi naik bot ronda tasik

PENGUNJUNG menikmati keindahan Bukit Cabang dengan berlatar belakangkan tumbuhan cantik di permukaan air sewaktu berkunjung ke Tasik Timah Tasoh, Perlis. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Perkhidmatan bot ronda di Tasik Timah Tasoh di sini antara paling ‘sibuk’ membawa pengunjung menikmati keindahan tasik berkenaan khususnya pada cuti persekolahan dan hujung minggu.

Panorama indah sekitar Tasik Timah Tasoh yang memberi ketenangan menjadi antara tarikan pelancong untuk mengunjungi kawasan berkenaan apabila datang ke Perlis.

Malah, lokasi berlatar belakangkan Banjaran Nakawan yang cukup memukau itu juga menjadi tumpuan pengunjung merakamkan gambar.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Rekreasi Empangan Timah Tasoh, Rosmadi Ismail berkata, perkhid­matan bot ronda yang disediakan itu menjadi antara tumpuan pelancong memandangkan mereka berpeluang menikmati secara lebih dekat keindahan alam semula jadi di sini.

“Sepanjang cuti persekolahan ini sahaja, dianggarkan lebih 100 pengunjung menggunakan perkhidmatan bot ronda yang disediakan di Dataran Timah Tasoh ini.

“Malah, ada di antara pelancong sanggup menunggu sejak awal pagi bagi menggunakan perkhidmatan tersebut,” kata­nya.

Mengulas lanjut, Rosmadi berkata, pelancong yang menggunakan perkhidmatan bot ronda itu akan dibawa ke beberapa lokasi menarik bagi menikmati pemandangan indah Bukit Cabang yang berlatar belakangkan tumbuhan

di dalam tasik seperti kangkung kerbau, semalu air dan keladi bunting.

Katanya, tumbuh-tumbuhan di dalam tasik itu yang berwarna kekuningan kebiasaannya menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar.

“Kebanyakan pelancong yang menggunakan perkhidmatan bot ronda ini pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar berlatar belakangkan pemandangan indah Bukit Cabang bersama tumbuhan di dalam tasik itu,” katanya.

Rosmadi berkata, selain pe­ngunjung tempatan, perkhid­matan bot sewa itu turut mendapat tumpuan pelancong dari luar negara Katanya, pengunjung yang ingin menggunakan perkhidmatan bot ronda tersebut akan

dikenakan caj sebanyak RM10 seorang untuk tempoh 30 minit dengan jumlah maksimum seramai enam orang.

“Tambahnya, perkhidmatan bot memancing yang ditawarkan juga adalah berpatutan iaitu sekitar RM60 bagi tempoh separuh hari. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya