Sambutan Tahun Baharu Cina meriah - Utusan Malaysia

Sambutan Tahun Baharu Cina meriah

GEE Hui Lan (kanan) melayan tetamu daripada pelbagai kaum yang mengunjungi rumahnya sempena Tahun Baharu Cina di Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sambutan Tahun Baharu Cina di sekitar negeri ini meriah dengan tradisi rumah terbuka yang dianjurkan masyarakat Tionghoa bagi meraikan perayaan tersebut.

Cuti persekolahan bersempena perayaan ini yang bermula sejak Jumaat lalu juga turut memberi peluang kepada masyarakat Tionghoa pulang ke kampung bagi meluangkan masa bersama keluarga masing-masing.

Selain masyarakat Tionghoa, kaum-kaum lain turut menggunakan kesempatan sempena cuti perayaan ini untuk turut sama mengunjungi rumah terbuka bagi memeriahkan sambutan itu.

Walaupun berbeza budaya dan agama, perkara itu tidak menjadi penghalang buat masyarakat kaum lain untuk turut sama meraikan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

Seorang penduduk di Padang Katong, Gee Hui Lan,31, berkata, dia dan keluarga sememangnya sentiasa terbuka menerima kunjungan daripada kenalan berlainan kaum pada setiap perayaan Tahun Baharu Cina.

“Kami sekeluarga sememangnya berbesar hati menerima kunjungan tetamu pada perayaan ini kerana mengikut kepercayaan ia dianggap seperti membawa tuah.

“Disebabkan itu, kami mengalu-alukan kunjungan daripada kenalan berlainan kaum bagi bersama-sama meraikan sambutan perayaan ini,” katanya.

Terdahulu, Hui Lan yang juga merupakan seorang pengamal media turut menerima kunjungan daripada Persatuan Wartawan Perlis (PWP) ke rumahnya bersempena Tahun Baharu Cina ini.

Kunjungan itu diketuai Presiden PWP, Syed Azlan Sayid Hizar bersama beberapa wakil jawatankuasa lain.

Dalam pada itu, Hui Lan berkata, sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini juga amat bermakna memandangkan semua ahli keluarganya yang menetap di luar Perlis berpeluang untuk pulang ke kampung.

“Kami juga dapat berkumpul untuk makan besar bersama-sama dan suasananya amat meriah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya