Sakra cabar kreativiti Donnie Yen - Utusan Malaysia

Sakra cabar kreativiti Donnie Yen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALI terakhir muncul di layar perak sekitar 2021, Donnie Yen membuka tirai 2023 dengan  filem terbaharu, Sakra. 

filem arahannya itu menceritakan tentang adiwira terhormat, Qiao Feng yang sekelip mata hilang kepercayaan penyokong selepas dituduh mempunyai darah suku Khitan, membuatkan dia dipulaukan dan terasing. 

Donnie menyifatkan Sakra sebagai antara  filem paling mencabar pernah dilakonkan dan diarahkannya. 

Pelakon kelahiran Hong Kong ketika ditemui, baru-baru ini berkata, Sakra digarap berdasarkan karakter yang diadaptasi daripada sebuah novel Wuxia yang membawa maksud adiwira. 

“Novel ini sinonim dengan masyarakat Cina seluruh dunia. Pada awalnya, saya rasa mustahil untuk saya terjemahkan seluruh penceritaan Wuxia dalam  filem yang berdurasi lebih dua jam. 

“Ia umpama menceritakan sastera William Shakespeare dalam sebuah  filem. Namun saya berjaya mencapai matlamat yang disasarkan untuk  filem ini,” katanya. 

Donnie berkata, dia menyedari keinginan peminat yang sentiasa ingin melihat sentuhan dan kreativitinya dalam setiap  filem yang dihasilkan.

Kata Donnie, meskipun mencabar, dia sedaya upaya merealisasikan hasrat peminat yang akan ke pawagam menonton  filem itu nanti. 

“Sudah lebih 40 tahun saya dalam bidang ini dan peminat tentunya mahu melihat sentuhan dan kreativiti dalam setiap  filem yang saya arah atau lakonkan. 

“Untuk mencapai matlamat tersebut, saya perlu memastikan arah tuju dalam setiap fi filem yang saya hasilkan tidak tersasar. 

“Perkara itu boleh dicapai dengan penglibatan secara menyeluruh, termasuk pasukan belakang tabir,” ujarnya. 

BUKAN FILEM REMAKE 

Bercerita lanjut, Donnie menegaskan Sakra bukan  filem remake seperti kebanyakan produksi adiwira yang lain. 

Katanya,  filem tersebut merupakan naskhah yang disuntik dengan sentuhan dan kreativiti baharu. 

“Tidak ada maknanya sekiranya saya hasilkan  filem yang telah dibuat oleh penerbit dan pengarah lain sebelum ini. 

“Apa yang boleh saya kekalkan adalah penceritaannya yang cukup menarik dan menghiburkan. 

“Saya perlu hasilkan sebuah  filem Wuxia yang segar, menggembirakan penonton dan boleh ditonton seluruh masyarakat pelbagai latar belakang,” katanya. 

KESERASIAN DENGAN WONG JING 

Persahabatan Donnie dan rakan penerbit, Wong Jing tidak terbina setahun dua, malah hampir enam tahun. Kata Donnie, toleransi dan saling memahami antara mereka membuatkan dia selesa bekerjasama dengan Wong Jing. 

“Saya mengenali beliau ketika bekerja di bawah arahannya dalam  filem Chasing The Dragon yang diterbitkan pada 2017. 

“Sejak itu, kami sering bekerjasama dan menghasilkan pelbagai proiduksi antaranya filem komedi aksi dan pendidikan seperti Big Brothers,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya