Rosyam nasihat ‘simpan’ cerita dalam shooting - Utusan Malaysia

Rosyam nasihat ‘simpan’ cerita dalam shooting

Rosyam
ROSYAM Nor (kanan) pada majlis pengiktirafan MBOR dekat cawangan ST Rosyam Mart Seksyen 9 di Shah Alam, Selangor, hari ini.  - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon atau kru produksi dinasihatkan supaya tidak membuka kisah di belakang tabir melibatkan kecederaan semasa berlakon.

Kata Datuk Rosyam Nor, beliau sendiri pernah secara tidak sengaja menyebabkan kecederaan kepada pelakon lain tetapi tidak dihebohkan kepada umum.

“Saya pernah tertumbuk pelakon Deen Maidin hingga patah hidung semasa penggambaran filem KL Gengster. Tiada pula saya sibuk hendak keluarkan dalam media sosial. Saya pun pernah patah bahu semasa berlakon filem Libas, tiada saya bising-bising pun,”kata sosok sinonim dengan panggilan ‘Hero Malaya’ itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai First 24 hours Upscale Wholesale Retail Market bagi Pasaraya ST Rosyam Mart.

Menurutnya, isu pelakon berkongsi insiden semasa penggambaran drama sehingga menyebabkan kecederaan fizikal seperti yang tular dalam media sosial adalah tidak wajar selain menyifatkannya sebagai sesuatu yang terpencil.

Jelas Rosyam lagi, jika insiden tersebut menyebabkan kecederaan parah hingga dirawat di hospital ia mungkin boleh diuar-uarkan tetapi dengan matlamat positif.

“Seorang pelakon perlu method (pendekatan),  method masing-masing untuk kerja yang baik. Tetapi dalam method pun kita kena buat kawalan. Itu semua asam garam lakonan. Tidak perlu perkara tersebut dihebohkan kerana ia memburukkan industri, selesaikan secara dalaman,” ujarya.

Sementara itu, dalam perkembangan lakonan, Rosyam memaklumkan beliau baru selesai penggambaran drama bersiri lapan episod, ‘Abah Next Door’ dan sedang menghabiskan penggambaran filem berjudul Original Gengster bersama Syamsul Yusof.

Katanya lagi, kerjaya seninya berjalan seperti biasa dan syarikatnya, Suhan Movies akan terus menerbitkan drama-drama seperti biasa.

Terdahulu, Rosyam yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Pasaraya ST Rosyam Mart menerima pengiktirafan MBOR dan menyasarkan20 cawangan baharu perniagaannya menjelang 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN