PETALING JAYA: Syarat longgar yang ditetapkan oleh kerajaan dalam mendapatkan dana insentif Program Penjana Kerjaya (Penjana Kerjaya) diambil kesempatan oleh syarikat tertentu untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat pekerja dan program latihan palsu. Keadaan ini dikenal pasti selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan satu operasi khas yang dinamakan ‘Op Hire’ sejak Julai tahun lalu di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia sehingga kini. Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 61 syarikat disiasat dengan melibatkan tuntutan sebanyak RM87,980,757.29. Kata beliau, sebanyak 74…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya