CIK Bunga pasti, ramai dalam kalangan wanita teguh berdiri di belakang Puteri Sarah, memberi kekuatan kepada pelakon tersebut yang sedang berdepan kemelut rumah tangga dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof.
Jadi, apabila ibu kepada dua anak itu membuat keputusan bercuti dan menenangkan diri di Tokyo, Jepun, semua berharap dia dapat melupakan seketika segala masalah yang mengganggu fikirannya.
Tup tup, Cik Bunga tengok, dia masih sibuk bersuara dan berkongsi pelbagai isu, terutama sejak tercetus dakwaan kononnnya Syamsul bernikah lagi di Siam.
Cik Bunga bukan nak menyebelahi sesiapa. Tetapi, Cik Bunga berharap sangat Sarah manfaatkan masa itu sebaiknya bersama anak-anak.
Ketepikan dahulu segala kemelut yang menggugat ketenangan. Relaks dengan anak-anak, berlibur dan berhibur sepuasnya di negara orang.
Nanti pulang, baru minda lebih segar dan cukup energi untuk kembali beraksi. Betul tak? Jangan salah faham tahu. Kita tidak sindir Sarah.
Tetapi, Cik Bunga benar-benar berharap Sarah dapat kumpul semangat baharu apabila kembali ke tanah air.
Mungkin cakap kedengaran mudah, mentang-mentanglah tidak berada di tempatnya.
Tetapi, Cik Bunga mahu Sarah tahu, ramai sentiasa mendoakan dan mengharapkan pengakhiran yang baik untuk dia serta keluarga.