Rasuah PRU15: Pas beri ruang SPRM lakukan siasatan

Rasuah PRU15 : Pas beri ruang SPRM lakukan siasatan

270123-Klt- Pas Rasuah MOHD. Amar Abdullah (dua kanan) ketika menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada ketua-ketua komuniti bukan Islam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas memberi ruang sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan berkait dengan tuduhan pemberian ‘rasuah’ kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, asas perundangan di negara jelas menegaskan sesiapa yang dituduh belum lagi bersalah selagi belum dibuktikan.

Menurutnya, semua pihak perlu berfikir mengikut lunas undang-undang yang diamalkan di negara ini.

“Kalau kita nak anggap orang dituduh itu bersalah hanya kerana ada laporan dibuat, maka Pas juga boleh kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng bersalah kerana dituduh berkaitan rasuah.

“Tetapi adakah ia betul dari segi undang-undang kerana asasnya adalah ‘Innocent until proven guilty’? Jadi kita perlu berdiri pada asas undang-undang. Biar dibuktikan di mahkamah dan kalau betul Pas bersalah maka kita terima,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baharu Cina di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor menggesa, semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman bersalah berhubung tuduhan tersebut.

Katanya, spekulasi berkait perkara tersebut perlu dihentikan kerana ia sudah menjadi kes di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Semolek-moleknya, kita serahkan kepada SPRM kerana sudah menjadi tugas dan tanggungjawab badan berkenaan  untuk menjalankan siasatan dengan sebaiknya.

“Walaupun kita rasa tiada apa-apa masalah tetapi ia sudah menjadi tugas SPRM untuk menjalankan siasatan.  Jadi tidak perlulah kita buat sebarang spekulasi,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya