Ramai tak puas hati cara penyampaian Janna Nick

Ramai tak puas hati cara penyampaian Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HENDAK dijadikan cerita, Cik Bunga ada kesempatan untuk menonton penuh program Famili Duo siaran minggu keenam lalu.

Terus-terang, sebelum itu, kita tak begitu disiplin nak tonton dari seminggu ke seminggu. Tapi sebab tertarik dengan tema tradisional pada minggu lepas, maka Cik Bunga pun fokus tonton.

Sebelum muncul segala ‘drama’ hebat yang terpalit pada peserta mahupun juri ‘panasnya’, Mas Idayu, tumpuan Cik Bunga sebenarnya sudah terarah kepada Janna Nick.

Digandingkan bersama Sean Lee, Janna bagi Cik Bunga, seakan ada sesuatu yang kurang dari aspek caranya mengendalikan program itu sebagai hos.

Mulanya Cik Bunga sangka, mungkin telinga kita saja yang salah mendengar. Tetapi bila tengok di platform media sosial, rupanya Cik Bunga tak berseorangan, ramai juga tak berpuas hati dengan cara penyampaian Janna.

Cik Bunga perasan, lontaran suara Janna seakan terlalu kuat. Macam tak relaks. Alangkah baiknya jika Janna berupaya kawal sedikit intonasi suara supaya tidak kedengaran seakan terpekik-pekik di pentas.

Kalau dapat kawal suara dengan baik, mesti Janna pun tak akan terlihat penat. Ya, di mata Cik Bunga, Janna nampak macam penat semasa di pentas. Mungkin ini adalah satu daripada puncanya. Sekadar meneka.

Pun begitu, di media sosial, netizen pula sibuk komen tentang hal lain. Ramai dakwa, Janna macam serba tak kena bila nak berinteraksi dengan peserta, juri mahupun audiens.

Ada juga yang kata Janna kena banyak belajar lagi tentang dunia pengacaraan, kena raih lebih banyak ilmu. Pada Cik Bunga, mungkin ada betulnya. Proses pembelajaran bukankah tiada tarikh luput.

Bila-bila boleh belajar untuk ilmu yang baik dan bermanfaat. Tetapi dalam menegur, ada juga yang Cik Bunga kurang berkenaan dengan netizen ini. Kalau iya pun nak beri nasihat, janganlah sampai menghina.

Pula itu, sampai ada yang mengecam cara dia menyarung busana pada setiap minggu.

Aduhai, kasihanlah pada Janna. Dia pun tentunya sudah cuba melakukan yang terbaik.

Cik Bunga faham, mungkin Janna cuba menggamatkan suasana dengan cara tersendiri berlandaskan apa yang diminta oleh penerbit program. Tetapi, hati-hati.

Cik Bunga cadang, Janna boleh cuba tengok atau belajar dengan Sherry Al Hadad atau Alif Satar misalnya. Kedua-duanya antara pengacara yang ada kredibiliti bagus.

Cik Bunga percaya, Janna mampu menjadi seorang pengacara yang versatil suatu hari nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya