Pusat kurungan anjing di Banting sudah bertambah baik - JPV

Pusat kurungan anjing di Banting sudah bertambah baik – JPV

AKMA NGAH HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan sebuah pusat kurungan anjing terbiar di Banting, Selangor telah memenuhi isu kebajikan haiwan.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarahnya, Dr. Akma Ngah Hamid yang memaklumkan bahawa pihaknya sudah pun membuat pemeriksaan mengejut terus di premis yang terletak di Tapak Semaian Jabatan Landskap MPKL, Jalan Mahkamah pada 9 Januari lepas.

Ia susulan aduan orang awam sehari sebelum itu berhubung rakaman video tular mengenai pusat berkenaan yang dikendalikan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

“Hasil pemeriksaan itu mendapati 94 ekor anjing pelbagai jantina dan umur diletak dalam tujuh bilik berbeza dengan keluasan setiap satu dianggarkan 2.8 meter persegi,” jelas Akma dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin Abdul Rahman menzahirkan kekecewaan berhubung tatacara pengurusan lemah oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Baginda yang terkenal sebagai pencinta haiwan juga bertitah menggesa kerajaan negeri agar menaik taraf premis tersebut dan sedih melihat keadaan anjing terabai dalam kurungan.

Ekoran teguran berkenaan, Exco Selangor yang bertanggungjawab mengenai isu itu, Ng Sze Han mengarahkan semua 12 PBT di negeri tersebut menyemak premis kendalian mereka.

Mengulas lanjut, Akma  yang juga Pengerusi Lembaga Kebajikan Haiwan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, pemeriksaan awal pasukan JPV mendapati jumlah anjing yang dikurung dalam bilik itu tidak memenuhi keperluan persekitaran kebajikan haiwan.

Sehubungan itu, notis penambahbaikan di bawah Seksyen 25 Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan 2020 telah pun dikenakan ke atas pihak MPKL.

“Notis ini dikeluarkan untuk mengarahkan PBT itu mengambil apa-apa langkah sewajarnya mengikut perundangan sedia ada demi memastikan kebajikan haiwan dipenuhi,” katanya.

Seterusnya pula, pemeriksaan susulan oleh pegawai kebajikan haiwan dari ibu pejabat JPV Putrajaya kelmarin mendapati MPKL sudah mengambil segala tindakan penambahbaikan.

Malahan, ujar Akma, PBT tersebut telah menyerahkan kesemua anjing kepada pelbagai badan bukan kerajaan yang berminat dan memohon untuk menjaga sendiri haiwan berkenaan.

ada masa sama jelasnya, mana-mana organisasi atau orang awam diminta supaya tampil segera menyalurkan sebarang aduan berhubung kezaliman atau pengabaian nasib haiwan.

Mereka kata beliau boleh mengemukakan laporan tersebut menerusi pautan laman sesawang rasmi My Animal Welfare yang dikendalikan oleh pihak JPV sendiri iaitu awa.dvs.gov.my.

Masyarakat tambahnya, tidak perlu menularkan sebarang berita yang tidak pasti bagi mengelakkan kekeliruan kepada orang awam seperti terjadi dalam kes dialami oleh pihak MPKL. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya