Pulau Pinang belanja hampir RM44 juta untuk i-Sejahtera Fasa 1/2023 - Utusan Malaysia

Pulau Pinang belanja hampir RM44 juta untuk i-Sejahtera Fasa 1/2023

PHEE BOON POH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Negeri Pulau Pinang membelanjakan sebanyak RM43,872,000 bagi menjayakan Program i-Sejahtera Fasa 1 tahun ini untuk diagihkan kepada hampir 250,000 penerima yang layak.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh berkata, berdasarkan maklumat terkini setakat semalam, jumlah penerima tertinggi adalah untuk Program Penghargaan Warga Emas iaitu seramai 192,297 orang.

Katanya, ini diikuti oleh 10,241 penerima bagi Program Bantuan Ibu Tunggal dan 43,885 penerima bagi Program Suri Emas.

Beliau berkata, kadar bayaran semasa adalah sebanyak RM200 bagi Program Penghargaan Warga Emas manakala penerima bantuan untuk Program Bantuan Ibu Tunggal dan Program Suri Emas masing-masing sebanyak RM100.

“Jumlah sebenar penerima ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa sehingga proses pengemaskinian selesai
sepenuhnya.

“Dalam hal ini, kerajaan negeri turut mengambil kesempatan untuk menyeru semua pemohon bantuan sama ada pemohon sedia ada atau baharu yang berdaftar dalam program-program di bawah i-Sejahtera supaya segera mengemas kini maklumat perbankan masing-masing bagi memastikan tidak tercicir dalam senarai penerima sumbangan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pemohon-pemohon yang mempunyai masalah berkaitan akaun bank atau pembukaan akaun bank pula diberi kelonggaran untuk menggunakan akaun bank waris berdaftar bagi membolehkan penyaluran wang sumbangan dilakukan.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, bayaran i-Sejahtera bagi Fasa 1 tahun ini telah dijadual bermula 8 Mac depan dan akan dilaksanakan sepenuhnya secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima (EFT).

Boon Poh berkata, bayaran bagi tahun ini telah ditunda pelaksanaannya berbanding jadual untuk tahun-tahun sebelumnya iaitu pada Januari dan Februari berikutan proses penyusunan semula dan pengemaskinian bagi pembayaran i-Sejahtera pada 2020 dan 2021, selain tahun lepas yang telah dilaksanakan pada Disember.

“Seperti sedia maklum, pembayaran bagi tahun-tahun tertunggak itu tidak dapat dilaksanakan kepada penerima tunai berikutan situasi penularan wabak Covid-19.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri bersetuju untuk memanjangkan tempoh pengemaskinian maklumat perbankan pemohon yang terlibat dan melewatkan fasa pembayaran bagi mengurangkan jumlah keciciran penerima,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya