Polis pantau tiga ‘hotspot’ jalan raya di Kota Setar

Polis pantau tiga ‘hotspot’ jalan raya di Kota Setar

AHMAD Shukri Mat Akhir bertanyakan khabar dan mengedar buah tangan kepada pengguna jalan raya ketika Program Op Selamat Trafik Kota Setar di Plaza Tol Alor Setar Utara, Alor Setar. -UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis memantau tiga lokasi ’hotspot’ yang sering berlaku kemalangan jalan raya dan kesesakan terutama ketika musim perayaan sepanjang Op Selamat 19/23 sempena Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lokasi berkenaan adalah Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Jalan Alor Setar-Kangar dan Jalan Kuala Kedah.

“Ini merupakan lokasi sering berlaku kemalangan dan banyak kenderaan seperti Jalan Alor Setar-Kangar iaitu laluan utama ke Perlis.

“Kita gerakan semua kekuatan polis trafik Kota Setar dan anggota lain kawasan ini. Fokus kita adalah untuk memastikan kelancaran jalan raya. Kita juga akan letak anggota di lokasi tertentu termasuk di simpang jalan bagi memantau pengguna,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada program Op Selamat Trafik Kota Setar di Tol Alor Setar Utara di sini hari ini.

Pada program berkenaan, beliau turut mengedar buah tangan termasuk risalah keselamatan jalan raya kepada pengguna di plaza tol tersebut.

Tambahnya, polis menjangkakan berlaku kesesakan ekoran perantau akan pulang ke kampung halaman di daerah ini sepanjang cuti perayaan itu.

“Kita sasarkan rumah selamat dan selamat sampai ke destinasi iaitu serampang dua mata sempena cuti panjang ini. 

“Ramai perantau yang akan balik dan tinggalkan rumah di tempat mereka bekerja, kita akan pastikan keselamatan mereka di jalan raya dan mereka akan selamat sampai ke destinasi,” tambahnya. 

Jelasnya, polis juga akan mempertingkatkan rondaan di premis perniagaan untuk mencegah kegiatan jenayah termasuk pecah masuk ketika cuti panjang tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya