Polis kesan kanak-kanak sembur cat pada kereta - Utusan Malaysia

Polis kesan kanak-kanak sembur cat pada kereta

KENDERAAN yang menjadi mangsa vandalism seorang kanak-kanak yang disembur cat dengan perkataan tidak senonoh dalam kejadian di Jalan Tingkat Kenari 5, Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak dipercayai lelaki yang disyaki menjadi suspek perbuatan vandalism membabitkan beberapa buah kereta di Jalan Tingkat Kenari 5, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal, kanak-kanak tersebut dipercayai menyembur cat tin pada kenderaan dengan menulis perkataan tidak senonoh.

”Pada 6 Januari (semalam) terkesan satu posting yang dimuat naik dalam akaun Facebook ‘inforoadblock’ berhubung dakwaan seorang kanak-kanak yang dipercayai melakukan perbuatan vandalism dengan menyembur cat tin pada kenderaan dengan menulis perkataan tidak senonoh.

”Kejadian tersebut berlaku di Jalan Tingkat Kenari 5, Bayan Lepas pada 6 Januari (semalam) dan terdapat lima laporan polis berhubung isu sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai beberapa buah kereta yang disembur cat berwarna hitam dengan perkataan tidak senonoh.

Kamarul Rizal berkata, siasatan awal polis mendapati perbuatan itu disyaki dilakukan seorang suspek kanak-kanak antara pukul 2 hingga 2.30 petang.

”Menurut salah seorang pemilik kenderaan, ini merupakan kejadian pertama sepanjang tempoh tiga tahun dia tinggal di situ.

”Pemilik kenderaan menyedari kejadian ini apabila ingin kembali ke rumah setelah pulang dari kerja di kilang berdekatan pada pukul 5 petang dan dia terus membuat laporan polis berhubung kes ini,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

”Usaha untuk mengesan suspek masih diteruskan, sekiranya orang awam mempunyai maklumat mereka boleh berhubung dengan pegawai penyiasat jenayah, Wan Muhammad Syamim Wan Azmi di talian 04-8662222,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya