Polis cari ‘Danang’ - Utusan Malaysia

Polis cari ‘Danang’

Danang
KEADAAN motosikal yang dilanggar sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Jalan Limau, Klang, Selangor, tengah malam tadi. Gambar kecil, Danang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara sedang mengesan seorang lelaki dikenal pasti sebagai ‘Danang’ bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Limau di sini, tengah malam tadi.

Danang disyaki menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal jenis SM Sport ditungganginya dilanggar sebuah pacuan empat roda model Mitsubishi Storm dalam satu kejadian pada pukul 12.30 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dari arah Jalan Meru ke Jalan Iskandar. 

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki dipercayai berusia 30-an dikenali sebagai ‘Danang’ dari arah bertentangan yang hendak membelok ke kiri di simpang berkenaan.

“Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak ke dalam parit besar dan kemudiannya disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau menambah, susulan pelanggaran tersebut,  pemandu pacuan empat roda itu pula melarikan diri dari lokasi kejadian.

Kata Vijay lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya