Polis buka kertas siasatan bakar mercun, bunga api secara besar-besaran - Utusan Malaysia

Polis buka kertas siasatan bakar mercun, bunga api secara besar-besaran

VIDEO tular kejadian pembakaran mercun dan bunga api secara besar-besaran di Simpang Pulai, Ipoh. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian pembakaran mercun dan bunga api secara besar-besaran di Simpang Pulai yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 13 minit 46 saat itu hari ini, yang dimuat naik melalui Facebook.

Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku kelmarin pada pukul 8 malam di Kampung Baru, Simpang Pulai dekat sini.

“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan Seksyen 286 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sementara itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti berbahaya yang boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa dan harta benda awam.

“Tindakan tegas akan diambil berlandaskan undang-undang terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawan yang menjalankan aktiviti berbahaya,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial yang memaparkan orang ramai dipercayai penduduk dilihat berkumpul menyaksikan aktiviti bermain mercun dan bunga api yang berlangsung di atas jalan raya.

Penularan video itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata bimbang kerana dikhuatiri mendatangkan bahaya selain mengganggu ketenteraman awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya