Pesawah Kedah, Perlis terima bantuan khas bermula Februari

Pesawah Kedah, Perlis terima bantuan khas bermula Februari

MOHAMAD Sabu menyampaikan sumbangan Bantuan Jentera Projek Guna Semula Jerami Padi kepada salah penerima, Mohamad Rizal Seman ketika Sesi Libat Urus Bersama Pimpinan Peladang MADA di PPK B-IV, Pengkalan Kundur, Alor Setar. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan akan mula mengagihkan Bantuan Khas Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) di negeri ini dan Perlis bermula bulan depan sekali gus memanfaatkan lebih 71,000 pesawah.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu berkata, Bernas memperuntukkan sebanyak RM60 juta bagi bantuan tambahan itu termasuk RM10 juta diagihkan kepada pesawah di Terengganu, Kelantan dan Pahang sejak tahun lepas.

“Bantuan ini bukan obligasi yang ditandatangani tetapi tambahan kerana berlaku banjir di Kelantan, Pahang dan Terengganu. Sebanyak RM60 juta diperuntukkan Bernas di mana RM10 juta sudah diedarkan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Sebahagian lagi untuk pesawah di seluruh negara termasuk di Kedah dan Perlis akan mula diedarkan dalam masa terdekat iaitu seminggu dua lagi sebanyak RM250 setiap orang terlibat dalam mengerjakan sawah padi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Sesi Libat Urus Bersama Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Pengkalan Kundor di sini hari ini.

Pada awal Disember lepas, Bernas bersetuju dengan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyalurkan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.

Mengulas lanjut, katanya, kira-kira 240,000 pesawah dari seluruh negara menerima bantuan berkenaan yang dijangka selesai diagihkan menjelang Mac nanti.

“Bantuan sekaligus ini adalah ihsan Bernas untuk membantu pesawah terlibat dalam hal jaminan makanan sementara di pihak kerajaan kita akan sentiasa meneliti setiap permasalahan pesawah dan cari jalan terbaik untuk selesaikannya,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya