Peruntukan RM5.74 juta baik pulih, bina rumah bekas tentera - Utusan Malaysia

Peruntukan RM5.74 juta baik pulih, bina rumah bekas tentera

ZAMBERY Jefry Darus (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan kit bantuan banjir kepada salah seorang penerima di Kuala Berang, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) menyediakan peruntukan sebanyak RM5.74 juta bagi membaik pulih dan membina rumah baharu bekas tentera di seluruh negara pada tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus berkata, peruntukan tersebut melibatkan sebanyak RM2.84 juta untuk membina rumah baharu dan RM2.9 juta bagi tujuan membaik pulih rumah.

Menurutnya, JHEV ATM menjangkakan sebanyak 40 buah rumah baharu akan dibina dan 170 hingga 200 rumah lagi dibaik pulih secara berperingkat pada tahun ini.

“Inisiatif ini bertujuan menjaga kebajikan pesara tentera yang kebanyakannya tergolong dalam kelompok B40 yang tidak punyai rumah atau tinggal dalam kediaman daif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kit banjir kepada veteran ATM terjejas banjir di Kuala Berang di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 50 veteran ATM yang terjejas banjir di daerah ini menerima bantuan tersebut.

Beliau memberitahu, pada tahun lalu, pihaknya membelanjakan RM4.59 juta bagi inisiatif perumahan veteran ATM melibatkan 30 unit rumah bina baharu serta 152 rumah lagi dibaik pulih.

Selain itu, tambahnya, JHEV ATM juga menyediakan Skim Bantuan Bencana Alam sehingga RM10,000 untuk membantu kerja-kerja membaik pulih rumah golongan berkenaan yang rosak akibat musibah banjir, baru-baru ini.

Katanya, skim bantuan tersebut juga turut melibatkan bencana alam lain seperti ribut, tanah runtuh, kebakaran dan sebagainya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya