Persediaan PRN: Tengku Zafrul jaga Selangor - Utusan Malaysia

Persediaan PRN: Tengku Zafrul jaga Selangor

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan Majlis Tertinggi (MT) dan menteri Kabinet untuk menjadi ‘bapa angkat’ kepada enam negeri sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Katanya, Timbalan Presiden, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan yang juga Menteri Pertahanan akan bertanggungjawab di Negeri Sembilan manakala Kedah (Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid) dan Terengganu (Naib Presiden yang juga Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin).

Selain itu, Kelantan (Setiausaha Agung Barisan Nasional yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir), Pulau Pinang (Datuk Seri Azalina Othman Said) dan Selangor (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz).

Katanya, bagi tujuan penyelarasan, Majlis Tertinggi telah bersetuju Penyelaras Operasi Pilihan Raya Negeri bagi enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi ialah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya