Perpaduan kaum antara intipati program pemukiman

Perpaduan kaum antara intipati program pemukiman

NGA Kor Ming lmelakukan pemeriksaan kawalan kehormat dua pegawai dan 99 anggota lain-lain pangkat JBPM di pekarangan Ibu Pejabat JBPM Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perpaduan kaum dan keharmonian masyarakat merupakan antara intipati yang digariskan menerusi program Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana di sini semalam,

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, hubungan antara masyarakat berbilang kaum wajib dibela oleh semua pihak.

“Amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa (program) pemukiman (semalam) di mana perpaduan masyarakat berbilang kaum dan keharmonian masyarakat berbilang budaya adalah wajib dibela oleh semua pihak,” katanya kepada pemberita berhubung program pemukiman bersama 27 anggota Jemaah Menteri dan 10 pegawai kanan kerajaan.

Kor Ming berkata, setiap kementerian menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing untuk dicapai dalam tempoh 100 hari dan bagi KPKT, sebanyak tujuh KPI yang diumumkan sebelum ini sedang giat dilaksanakan.

Ini termasuk membersih dan menutup sekurang-kurangnya 100 tapak pelupusan sampah haram.

“Saya berazam untuk membersih dan menutup 100 tapak longgokan sampah haram dalam (tempoh) 100 hari (selain) perumahan rakyat serta peningkatan (jumlah) medan selera dan semuanya sedang giat dilakukan mengikut jadual.

“Saya yakin di bawah pengurusan tertinggi kementerian kami akan mampu mencapai sasaran yang ditetapkan. Sekarang baru masuk 40 hari (tempoh KPI), jadi ada masa lagi,” ujarnya.

Terdahulu, ahli Parlimen Teluk Intan itu dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau kemudiannya turut mengambil tabik hormat dan melakukan pemeriksaan kawalan kehormat daripada dua pegawai dan 99 anggota lain-lain pangkat di pekarangan Ibu Pejabat JBPM di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya