Permohonan iktiraf kebaya ke UNESCO hampir selesai

Permohonan iktiraf kebaya ke UNESCO hampir selesai

CEDRIC Tan Chai Cheng menunjukkan kebaya nyonya yang menjadi pakaian tradisi peranakan baba dan nyonya di kediamannya di Tengkera, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Permohonan mengiktiraf kebaya sebagai warisan budaya tidak ketara dijangka diserahkan kepada Pertubuhan Pendidikan Saintik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada Mac ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Rujuk Kebudayaan Peranakan Baba dan Nyonya, Cedric Tan Chai Cheng berkata, kesemua negara terlibat iaitu Malaysia, Brunei, Thailand dan Singapura telah menyerahkan dokumentasi yang diperlukan dan kini memasuki peringkat pemurniaan.

Katanya, ramai beranggapan bahawa kebaya nyonya yang mahu diangkat ke UNESCO tetapi sebenarnya pakaian warisan masyarakat peranakan itu adalah sebahagian daripada kebaya.

“Saya ingin perbetulkan tanggapan orang ramai bukan kebaya nyonya tetapi kita mahu iktiraf kebaya sebagai warisan budaya tidak ketara. Kebaya ada pelbagai jenis seperti kebaya jawa, kebaya eurasian, kebaya sunda dan kebaya jawa.

“Justeru, Bengkel Penyediaan Borang Pencalonan Kebaya ke UNESCO yang dianjurkan pada November tahun lalu di Port Dickson, Negeri Sembilan telah mengumpul pelbagai input dari negara terlibat. Setiap negara mempunyai identiti atau nama yang tersendiri, tetapi pada asasnya pakaian tersebut adalah kebaya.

“Oleh itu, proses perbincangan, pemilihan dan takrifan kebaya berjalan lancar walaupun disertai empat negara. Sebanyak 90 peratus proses melibatkan dokumentasi selesai dan Malaysia yang mengetuai usaha berkenaan dijangka menghantar permohonan pada Mac ini,” katanya ketika ditemui.

Cedric yang juga aktivis kebudayaan berkata, permohonan secara berkelompok mempunyai peluang lebih tinggi untuk menerima pengiktirafan UNESCO berbanding menghantar secara persendirian.

Jelasnya, negara yang menghantar penyertaan secara individu perlu menyertakan lebih banyak fakta yang menyokong permohonan tersebut.

“Apabila banyak negara memohon, warisan itu dilihat sebagai sesuatu yang telah dipraktikkan oleh wilayah setempat atau mungkin di nusantara. Ini kerana kebaya itu sendiri telah meninggalkan impak besar terhadap masyarakat serantau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya