Perlis cegah penularan Covid-19 lebih awal - Utusan Malaysia

Perlis cegah penularan Covid-19 lebih awal

MOHD. Shukri Ramli (tiga dari kanan) beramah mesra bersama penjawat awam Perlis selepas selesai memberi amanat dalam satu majlis di Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Arahan mewajibkan pengusaha kedai makan di negeri ini memakai pelitup muka merupakan usaha kerajaan negeri menangani penularan wabak Covid-19.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, langkah pencegahan awal itu demi keselamatan rakyat di negeri ini.

Katanya, penduduk juga diharap dapat mengawal pergerakan diri, memakai pelitup muka dan mengamalkan penggunaan cecair pembasmi kuman sebagai langkah pencegahan.

“Langkah berjaga-jaga itu perlu diambil oleh rakyat di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Menteri Besar Bersama Penjawat Awam Perlis di Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan negeri mewajibkan setiap pengusaha, penyelia, pekerja dan pengendali kedai makanan atau minuman di negeri ini memakai pelitup muka sewaktu menjalankan operasi perniagaan mereka.

Langkah tersebut merupakan antara usaha kerajaan negeri dalam mengelak penularan wabak Covid-19 di Perlis.

Sementara itu, Mohd. Shukri memberitahu, pihaknya tidak boleh menghalang pelancong masuk ke negeri ini melalui pintu sempadan memandangkan keputusan itu hanya ditentukan oleh Kerajaan Pusat.

“Perlis juga dilihat semakin menjadi tumpuan pelancong sejak kebelakangan ini dan kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan usaha memastikan jumlah kehadiran pengunjung dapat ditampung sebaiknya.

“Ini termasuk langkah-langkah bagi menyantuni pelancong dan rakyat juga boleh membantu mereka yang tidak mempunyai penginapan untuk datang sebagai tetamu di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya