Perhilitan nafi buaya sesat di bandar Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

Perhilitan nafi buaya sesat di bandar Kuala Terengganu

TANGKAP layar daripada video menunjukkan seekor buaya yang didakwa sesat di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu, semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu hari ini menafikan kononnya terdapat seekor buaya sesat di bandar ini yang tular di media sosial sejak semalam.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, sebaliknya video yang dimuat naik itu adalah video yang dirakam di Kuantan, Pahang, semalam setelah seekor buaya sesat di longkang sebuah kawasan perumahan penduduk.

“Saya berharap orang ramai lebih bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan sebarang gambar, video atau maklumat tidak benar berkaitan haiwan terancam.

“Ini kerana penyebaran itu hanya menimbulkan panik di kalangan orang ramai dan setakat ini untuk tahun 2023, kita belum menerima apa-apa aduan berkaitan buaya di Terengganu,” katanya ketika dihubung, hari ini.

Semalam, sebuah video berdurasi kira-kira 40 saat dimuat naik seorang individu di Facebook kononnya terdapat buaya sesat di sebuah longkang berdekatan Jalan Kamarudin di sini.

Video itu memaparkan pergerakan seekor buaya di dalam longkang sebelum ditangkap dengan disaksikan orang ramai.

Beliau menambah, pihaknya menasihatkan orang ramai yang terserempak dengan haiwan terancam seperti harimau, beruang, buaya dan gajah, perlu melaporkannya kepada Perhilitan.

“Tidak perlu muat naik di media sosial kerana kita risau risiko haiwan ini menjadi buruan pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya