Perdana Menteri menghadap Sultan Brunei

Perdana Menteri menghadap Sultan Brunei

ANWAR Ibrahim ketika menghadap Sultan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sempena lawatan rasmi dua harinya ke negara ini.

Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Istana Nurul Iman di sini pada pukul 11.05 pagi.

Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Perdana Menteri turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.

Anwar kemudian mengadakan pertemuan empat mata bersama Sultan Hassanal Bolkiah sebelum menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).

BIA diwakili Pemangku Pengarah Urusannya, Sofian Mohammad Jani manakala MIDA oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Arham Abdul Rahman.

Brunei merupakan negara kedua dilawati Anwar selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu.

Perdana Menteri berlepas pulang petang ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya