Perak FC belanja berhemah 2023 - Utusan Malaysia

Perak FC belanja berhemah 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemilik Perak FC, XOX Berhad perlu mengamalkan perbelanjaan berhemah musim ini.

Ini kerana syarikat telco itu menghadapi beban kewangan selepas menyelesaikan tanggungan hutang sejak mengambil alih pasukan itu.

Sehubungan itu, Perak FC perlu berbelanja secara berhemah agar tidak mengalami masalah kewangan.

“Ketika mengambil alih Perak FC, kami sudah mengeluarkan belanja yang besar untuk menyelamatkan pasukan.

“Jadi sekarang kami perlu berbelanja secara berhemah, mungkin tahun hadapan keadaan akan bertambah baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin kepada Utusan Malaysia.

Bobie Farid berharap penyokong The Bos Gaurus (TBG) memahami masalah yang dihadapi kelab itu ketika ini.

“Itu sebabnya Perak FC tidak berbelanja mewah terutama membeli pemain import.

“XOX sudah berbelanja besar setahun dua ini, jadi kena kawal sedikit aliran kewangan.

“Mungkin tahun hadapan kami boleh berbelanja lebih bagi mendapatkan khidmat pemain berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Bobie Farid berkata, kelab itu akan melancarkan jersi baharu bagi musim 2023 pada petang ini.

Beliau bagaimanapun Bobie Farid enggan memberi butiran lanjut mengenai majlis tersebut walaupun terdapat ura-ura beberapa pemain baharu akan memeterai kontrak dengan kelab itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya