Penyu mati di laut sebelum hanyut ke pantai Port Dickson

Penyu mati di laut sebelum hanyut ke pantai Port Dickson

BANGKAI seekor penyu agar betina yang ditemui di Pantai Purnama, Port Dickson, Negeri Sembilan. - GAMBAR IHSAN DOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengesahkan penemuan seekor penyu jenis agar yang dijumpai mati di belakang Hotel Thistle, Port Dickson, Negeri Sembilan.

DOSM memaklumkan bangkai haiwan tersebut ditemui staf hotel berkenaan ketika melakukan pembersihan Pantai Purnama di belakang hotel tersebut sebelum bertindak menghubungi Pusat Ikan Hiasan Port Dickson yang kemudian datang melaksanakan pemeriksaan terhadap bangkai penyu betina tersebut.

Hasil penelitian ke atas luar tubuh haiwan marin berkenaan seberat kira-kira 70 kilogram, ia tidak menunjukkan sebarang kesan luka kritikal namun telah berbau busuk.

DOF menjelaskan bahawa situasi itu memberikan kemungkinan besar yang penyu tersebut sudah pun lama mati beberapa hari di laut sebelum ia dihanyutkan ke Pantai Purnama.

Walau bagaimanapun ujar agensi berkenaan, segala data mengenai panjang dan berat haiwan itu direkodkan sebelum bangkai segera ditanam di kawasan berpasir tersebut.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Hotel Thistle yang pantas menghubungi DOF untuk diambil tindakan susulan sewajarnya,” tambah hantaran itu.

Agensi tersebut turut menggalakkan masyarakat untuk menjadi ‘mata-mata’ dengan tampil cepat melaporkan sebarang isu kedamparan spesies yang terancam kepada pihak DOF.

Terdapat empat jenis penyu yang lazim mendarat di negara ini iaitu belimbing, agar, karah dan lipas digolongkan kelas reptilia bertulang belakang wujud lebih 200 juta tahun dahulu.

Haiwan ini tidak boleh dipancing, diganggu, diusik, ditangkap atau diambil kerana ia jelas menyalahi aspek perundangan kerajaan pusat menurut Seksyen 27, Akta Perikanan 1985.

Malah pengusaha pelancongan tempatan dilarang keras menganjurkan pakej sentuh penyu kerana ia adalah salah dan pelaku boleh dikenakan hukuman denda hingga RM20,000.

Dianggarkan sejumlah 9.500 pendaratan penyu direkodkan setiap tahun di Semenanjung Malaysia dengan lebih 80 peratus daripadanya berlaku di sekitar pantai Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya