Penyokong KJ boleh bida plat VKJ

Penyokong KJ boleh bida plat VKJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Meskipun siri huruf semasa bagi semua kenderaan darat bermotor di Kuala Lumpur baru memasuki VKC, namun ramai dilihat sudah memberi fokus kepada plat VKJ susulan hebahan awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai tawaran bidaan siri V tersebut.

Ramai warganet tempatan dilaporkan teruja kerana kombinasi tiga huruf rumi berkenaan seumpama merujuk kepada nama Khairy Jamaluddin yang juga lazim disapa sebagai KJ.

Secara kebetulan, tawaran tersebut mula dibuka JPJ pada 26 Januari lalu, sehari sebelum Majlis Kerja Tertinggi UMNO bertindak memecat beliau daripada keahlian parti berkenaan.

Berdasarkan hantaran agensi itu, tawaran bidaan awam secara elektronik bermula pada tarikh tersebut hingga 30 Januari, manakala keputusan pemenang diumumkan keesokan.

Notis berkenaan turut tular diperkatakan dalam kalangan pengguna media sosial dengan ada berjenaka seolah-olah JPJ seperti tahu pula KJ akan dipecat oleh kepimpinan UMNO.

Tidak kurang juga netizen menyifatkan gabungan tiga huruf itu memberi maksud Viva KJ yang merujuk ungkapan popular bahasa Itali dan Sepanyol bererti semoga panjang umur.

Kebetulan pula, Khairy yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO dari 2009 sehingga 2018 itu baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya ke-47 pada 10 Januari lepas.

Siri V mula diperkenalkan akhir Ogos 2016 lalu bagi menggantikan siri huruf W untuk plat Kuala Lumpur yang diwujudkan pada 1974 susulan pembentukan Wilayah Persekutuan.

Ia bermula dengan WA 1, bukannya plat W 1 hingga W 9999 yang digunakan kenderaan di Seberang Perai sebelum mansuh apabila diserapkan sebagai P dengan Pulau Pinang.

JPJ kemudian memperkenalkan sistem huruf dan angka bermula W 1 A mulai September 2013 apabila mencecah maksimum plat WYY 9999, namun ia bertahan tiga tahun sahaja.

Agensi itu melaksanakan pula plat V dan ia melakar sejarah apabila siri sulung itu dibida oleh lebih 15,000 pemohon daripada V 1 sehingga V 9999 dengan meraih hasil RM22 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya