Penunggang maut, kakak parah motosikal bertembung kereta

Penunggang maut, kakak parah motosikal bertembung kereta

DUA buah motosikal dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan maut di Jalan Kampung Bujang, Merbok di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang wanita maut, manakala kakaknya parah dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta pada pukul 8.05 pagi di Jalan Kampung Bujang, Merbok di sini.

Mangsa, Rohani Mansor, 62, berasal dari Kampung Langgar, Mukim Bujang maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan, manakala kakaknya, Siti Asiah, 69, cedera pada bahagian dalam badan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda Wave bersama kakaknya sedang bergerak dari arah Segantang Garam ke arah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota Vios dari arah bertentangan memasuki laluan bertentangan lalu terlanggar motosikal mangsa.

“Pada masa sama sebuah lagi motosikal jenis Yamaha Avantis ditunggang seorang lelaki, Mohd. Zainol Abidin Ahmad, 45, dari arah sama dengan dua beradik itu turut dirempuh kereta terbabit,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, Mohd. Zainol yang beralamat di Kampung Pengkalan Langgar 2, Mukim Bujang patah kedua-dua belah tangan akibat kemalangan itu sementara pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zaidy berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat dan dua mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya