Penoreh getah pandu jengkaut untuk kelangsungan hidup

Penoreh getah pandu jengkaut untuk kelangsungan hidup

AZMI Jusoh meninjau keadaan kebun getah miliknya yang ditenggelami banjir pada Disember lalu di Kampung Serongga, Pasir Mas, Kelantan. - FOTO/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kemerosotan harga getah menyebabkan ada dalam kalangan penoreh terpaksa bertukar kerja bagi meneruskan kelangsungan hidup disaat berdepan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Azmi Jusoh, 54, berkata, susulan kejatuhan harga komoditi itu dia terpakasa bertukar kerjaya dengan membawa jengkaut bagi memastikan dapur rumahnya terus berasap.

Menurutnya, sepanjang tahun lalu dia hanya menoreh selama empat bulan sebelum berdepan musim tengkujuh yang menyaksikan bekalan susu getah berkurangan.

“Jika nak harapkan hasil menoreh tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga, tambahan lupa dengan kenaikan harga bahan mentah.

“Mujurlah ada Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebanyak RM300 bagi bulan November tetapi untuk bulan Disember belum masuk lagi,” katanya ditemui di Kampung Serongga di sini hari ini.

Azmi memberitahu, bagaimanapun isterinya, Raha Musa, 54, tetap keluar menoreh getah seperti biasa dan sebulan memperoleh pendapatan RM350.

Katanya, ketika banjir Disember tahun lalu kebun getahnya ditenggelami banjir menyebabkan mangkuk susu dihanyutkan arus.

“Setakat ini, isteri masih belum keluar menoreh, tambahan ramalan hujan lebat akan melanda bermula hari ini.

“Jadi, dia mengambil keputusan tunggu dan lihat. Saya takut hasil getah akan bercampur dengan air, sekaligus ia kurang berkualiti,” ujarnya.

Sementara itu, Ezah Nor Syarwati Razak, 30, berkata, dia dan suami, Basro Chewae, 40 juga tidak bergantung sepenuhnya kepada pendapatan daripada hasil getah.

Katanya, hal ini kerana ia tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga.

“Siang  hari suami saya bekerja sebagai tukang rumah dan malamnya kami keluar menoreh getah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya